9.1 Asas-Asas Pemerintahan Moden Dalam Piagam Madinah.

Piagam Madinah merupakan perlembagaan kerajaan Islam yang pertama yang ditulis sebagai asas pemerintahan yang menjadi sandaran pemerintahan rasululullah saw dan hubungannya dengan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama. Ianya merupakan implimentasi kepada asas-asas siyasah yang bersesuaian dengan keperluan semasa dan syarak.  Penulisan perlembagaan ini menggambarkan hakikat ketelusan pemerintahan Islam dan keadilannya.

 

Mewujudkan perlembagaan yang bertulis yang sesuai dengan keperluan semasa walaupun al-Quran telah wujud menunjukkan kepada keperluannya bagi mentadbir sesebuah negara.

 

Berikut ialah beberapa asas kerajaan moden yang terdapat di dalam Piagam Madinah:

 

·      Penyataan Mengenai Ummah dan Kerakyatan

 

Piagam Madinah telah menaskan mengenai pembentukan ummah, dan mentakrifkannya dengan menjadikan Islam sebagai asas kerakyatan dalam Daulah Islamiah yang baru disamping menjelaskan hak-hak dan tanggungjawab rakyat sebagaimana berikut:

 

Fasal 1. Ini adalah tulisan daripada Muhammad seorang nabi dan utusan Allah, diantara orang-orang beriman daripada Quraisy dan penduduk Yathrib dan sesiapa yang mengikuti mereka, yang bertemu mereka dan berjihad dengan mereka.

 

Fasal 2. Mereka adalah satu ummah tanpa manusia lain.

 

Fasal 3. Muhajirin daripada Quraisy di atas keadaan mereka, saling menjadi `aqilah[15] antara mereka, mereka melepaskan tawanan mereka dengan makruf dan adil sesama mukminin.

 

Begitu juga Piagam Madinah menyentuh mengenai kerakyatan bukan Islam daripada Yahudi dan musyrikin Mekah yang datang ke Madinah, dengan menentukan hak-hak dan tanggungjawab mereka, sebagimana dalam fasal berikut:

 

Fasal 24 Orang-orang Yahudi perlu mengeluarkan perbelanjaan peperangan bersama orang-orang yang beriman apabila mereka berperang.

 

Fasal 25. Sesungguhnya Yahudi bani `Auf satu ummat bersama orang-orang yang beriman, bagi Yahudi agama mereka dan bagi muslimin agama mereka, hamba-hamba mereka dan diri mereka, melainkan sesiapa yang berlaku zalim sesungguhnya dia tidak membinasakan melainkan dirinya dan ahli keluarganya.

 

Fasal 26. Dan bagi Yahudi bani al-Najjar seperti apa yang menjadi hak dan tanggungjawab bani `Auf.

 

·      Pernyataan Mengenai Peribadi Ketua Negara.

 

Nas-nas Piagam Madinah menyatakan bahawa ketua kerajaan baru itu ialah rasulullah (s.a.w.). Kepadanyalah dirujuk dalam menyelesaikan segala  perselisihan dan bagindalah yang akan memelihara nas-nas perlembagaan dan melaksanakan segala ketetapannya.

 

Sebagaimana dalam fasal 23; Apabila kamu berselisih dalam apa perkara sekalipun maka rujukannya ialah kepada Allah dan Muhammad. Begitu juga dalam fasal 42.

 

·      Mengakui Dasar Keadilan dan Persamaan.

 

Sebagaimana dalam fasal 13; Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan bertakwa, maka tangan mereka ke atas sesiapa yang melampaui batas di antara mereka, atau menuntut pemberian dengan cara yang zalim, dosa,  permusuhan dan kemusnahan antara mukminin, maka tangan-tangan mereka diatas mereka semua walaupun keatas anak-anak salah seorang daripada mereka.

 

Fasal 16; Sesungguhnya sesiapa dikalangan Yahudi yang mengikuti kami maka bagi mereka hak pertolongan dan persamaan tidak dizalimi dan tidak akan bertolong-menolong menentang mereka.

 

·      Pernyataan Dasar  Perjanjian Perdamaian.

 

Fasal 45:  Apabila orang-orang beriman di ajak berdamai bercampur dan bersekutu, mereka ( Yahudi) akan berdamai dan bersatu begitu juga sekiranya mereka ( Yahudi) diajak berdamai dan bersatu maka menjadi tanggungjawab orang-orang beriman menerimanya melainkan ke atas mereka yang berperang kerana agama.

 

·      Pernyataan Mengenai Sempadan Kerajaan .

 

Fasal 39 : Yathrib merupakan bumi selamat di dalamnya kepada ahli perjanjian ini.

 

Rasulullah saw telah menghantar beberapa orang sahabat untuk membina tanda sempadan Madinah.

 

·      Pernyataan Dasar Larangan Melakukan Perjanjian Secara Sendiri.

 

Fasal 17 : Bahawa perdamaian orang-orang yang beriman adalah satu. Seorang beriman tidak boleh membuat perdamaian tanpa mukmin yang lain dalam peperangan di jalan Allah, melainkan hendaklah diatas sama rata dan keadilan sesama mereka.

 

·      Penyataan Menganai Dasar Dan Hak-hak Kejiranan.

 

Fasal 40: Sesungguhnya jiran seperti diri sendiri tidak dimudarati dan tidak diinaya.

 

·      Dasar Takaful Dalam Melunaskan Hutang.

 

Fasal 12, 25 :  Tidak dibiarkan orang-orang yang beriman terbeban dengan hutang, melainkan tunaikanlah untuknya dan bantulah dia begitu juga Yahudi dengan Yahudi.

 

·      Dasar Berkaitan Keamanan Negara.

 

Fasal 24, 36. Mempertahankan Madinah merupakan tanggungjawab semua penduduk dan mereka yang tinggal dibuminya.

 

 

Jelas di sini bahawa piagam Madinah telah meletakkan asas yang penting kepada sesebuah kerajaan dengan menentukan kuasa perundangan, kuasa eksekutif dan kuasa kehakiman disamping menyatakan hak-hak dan tanggungjawab rakyat dan kerajaan.

 

Piagam Madinah merupakan asas sistem pemerintahan yang moden sebagaimana yang dilaksanakan pada hari ini. Walau bagaimanapun isi piagam Madinah adalah berasaskan keperluan semasa kerajaan Islam ketika itu tetrutamanya nas-nas perlembagaan yang berkaitan dengan umat Yahudi dan qabilah-qabilah yang lain. Namun begitu ianya tidak terkeluar daripada memperuntukan tiga kuasa penting sebagaimana yang dinyatakan tadi.

45 Tanggapan to “9.1 Asas-Asas Pemerintahan Moden Dalam Piagam Madinah.”

  1. anis Berkata

    sy mau tau psl piagam madinah…
    47 fasal…
    kejesame tuan sy dahulu ngan ucapan time kasih…

  2. renungan2u Berkata

    maafkan saya.. soalan saudara tidak saya fahami.. boleh perkenalkan diri?

  3. MAZLI BIN MOHD SAID Berkata

    as salam tuan, saya sedang membuat sebuah penerangan mengenai unsur-unsur pemerintahan islam bagi rakan sekuliah, mohon jikalau tuan mempunyai sebarang maklumat untuk disalurkan kepada saya bagi menambah baik persembahan saya

    • renungan2u Berkata

      Tulisan saya berkaitan unsur-unsur pemerintahan Islam. Khalifah, objektif khalifah, perundangan, kehakikaman, syarat-syarat tertentu, tanahair, kerakyatan dan kewangan.

    • azizah Berkata

      assalammualaikum ustaz,

      boleh tak ustaz terangkan tentang pasal piagam madinah yang boleh mengukuhkan keutuhan perpaduan kaum di madinah..

      • renungan2u Berkata

        Tujuan utama piagam madinah digubal sebagai perlembagaan bertulis adalah untuk menjadi rujukan yang disepakati oleh semua kaum di Madinah dan menjadi asas kerakyatan. Ini ialah kerana kaum yahudi tidak beriman dengan al-Quran maka dengan ada perlembagaan bertulis akan mengikat semua ahli masyarakat kepada satu perundangan yang disepakati.

        Oleh kerana kaum Yahudi telah melanggar perlembagaan Madinah maka mereka telah diperangi dan di usir daripada Madinah..

        Manakala perpadauan ummah muslimin lebih terikat diatas roh mahabbah dan ukhwwah imaniyyah sebelum diikat dengan perlembagaan bertulis.

  4. sha Berkata

    salam..
    saya nk tau mengenai sistem perundangan dalam piagam madinah..

    • renungan2u Berkata

      Perundangan dalam zaman nabi s.a.w. merujuk kepada nas-nas al-Quran dan hadis nabi s.a.w. sahaja.
      Tidak ada parlimen yang ditubuhkan bagi menggubal undang2. Cuma nabi s.a.w. akan bersyura dengan sahabat-sahabatnya dalam isu yang tidak adan nas al-Quran.

  5. amalia Berkata

    salam…saya nak tahu,3 elemen persamaan antara perlembagaan malaysia dengan piagam madinah…boleh jelaskan??

    • renungan2u Berkata

      1. Pemerintahan berasaskan perlembagaan.
      2. Pemecahan bidang kuasa kepada kuasa perundagan, kuasa kehakiman dan kuasa eksekutif
      3. Hak-hak rakyat dan tanggungjawabnya serta hak-hak pemerintah dan tanggungjawabnya.

      Sama sistem tetapi tidak sama disudut isi.
      Penulisan ini ingin membuktikan Islam terlebih dahulu mengasaskan sistem pemerintahan moden terutamanya dalam aspek pemisahan bidang kuasa.

  6. aisyah Berkata

    ASSALAMULAIKUM..sy aisyah..bleh tak terangkan tentang piagam madinah dengan konsep 1 malaysia dan kaitan piagam madinah dengan masyarakat majmuk..

    • renungan2u Berkata

      Piagam Madinah berasaskan tuntutan al-Quran.

      Waalaikumussalam.

      Islam adalah sistem hidup yang menyeluruh untuk manusia seluruhnya. Maka semua manusia perlu menerima Islam sebagai penyelesaian. Masyarakat manusia perlu mengambil nasihat, taklimat, ajaran dan peraturan Allah. Sebab Allah mencipta manusia dan mengetahui keperluan mereka. Masyarakat dizaman nabi s.aw. adalah masyarakat majmuk maka piagam madinah mencatatkan peraturan-peraturan yang diperlu disepakati dan menjadi asas interaksi dalam masyarkat.

      Konsep 1 Malaysia hanya slogan dan tagline Najib dan fokusnya sahaja tetapi tidak mengubah apa-apa dasar yang telah dipakai di Malaysia. Sistem sekular lebih memanjakan manusia dan cuba melayan dan mengikut apa sahaja yang diinginkan oleh hawa nafsu manusia walaupun bercanggah dengan kehendak Allah SWT dan peraturannya. Apabila umat Islam jahil agamanya, jahil peranannya dan tidak mempunyai semangat juang mereka juga akan cair dan menerima sistem ciptaan manusia tanpa ada apa-apa perjuangan.

      Sebelum kemerdekaan terdapat perjuangan ulama Islam menentang British menutut mereka keluar dari Tanah Melayu dan pemerintahan diserahkan kepada kuasa sultan yang memerintah berteraskan Islam. Barat ingin meneruskan kuasa dan pengaruhnya walaupun mereka keluar dari Tanah Melayu. Untuk memastikan agenda mereka berjaya lalu kaum imigran daripada golongan Cina dan India diminta diberikan hak sama rata dalam menentukan dasar dalam pemerintahan. Lahirlah sistem pemerintahan yang ada dan kemerdekaan diberikan.

      Namun dalam perlembagaan yang dicadangkan ada beberapa hak-hak umat Islam yang merupakan penduduk asas di Tanah Melayu dimasukkan, seperti hak-hak keistimewaan orang Melayu, Ketuanan Melayu, Tanah Rezab Melayu, Islam sebagai agama persekutuan, adat istiadat Melayu dsb. Melayu dalam perlembagaan ialah; seseorang yang beragama Islam, bertutur bahasa Melayu dan menamalkan adat istiadat Melayu. Sayugia diingat bahawa adat istiadat Melayua seperti adat perkahwinan; merisik, meminang, akad pernikahan, majlis walimatul urus, adab-adab kesopanan dalam keluarga, menyambut kelahiran, aqiqah, berkhatan, menghadapi saat kematian, penyelenggaraan jenazah, pembahagian harta warisan semuanya adat-adat Islam.

      Selepas 50 tahun merdeka, setelah sistem sekular menjadi amalan pemerintahan, fokus pembangunan hanya kepada pembangunan material sahaja tetapi pembangunan Insan tidak menjadi fokus sebenar kerajaan secara seimbang. Umat Islam tidak di ajar asas-asas memahami agama Islam, seperti asas-asas bahasa Arab, ilmu Usul Fiqh, ilmu2 ak-Quran, ilmu2 al-Hadis, Sejarah perundangan Islam, Sejarah Khulafa al-Rasyidin secara detail.

      Malah sejarah2 Islam yang diajar dalam silibus pendidikan Islam dirujuk daripada tulisan oreantalis yang dengan sengaja memutarbelit fakta-fakta sejarah untuk melemahkan motovasi dan jatidiri umat Islam. Hari ini, majoriti umat Islam tidak faham al-Quran dan al-Hadis yang menjadi sumber jatidiri umat Islam.

      Kesannya lahir pimpinan yang lemah dan tewas dengan tuntutan bukan Islam. 1 Malaysia adalh slogan bagi menyeimbangkan tuntutan DAP Malaysia Tengah yang merupakan penerusan tuntutan mereka sejak dahulu Malaysian Malaysia.

      Umat Islam yang diamanahkan sebagai Khalifah wajib mengembalikan umat manusia agar menerima Allah sebagai tuhan yang disembah, ditaati dan dikasihi dan menolak semua amalan syirik seperti menyembah berhala dan salib melalui penerangan dan penjelasan dan bukan paksaan.

  7. kalthom Berkata

    salam. Ustaz, ana sedang buat kajian thesis ttg isu2 wanita dlm ISLAM.Dlm kajian ana, ana dapati kemungkinan besar siyasah syariah sebagai alat dapat membantu dalam masalah yg dipertikaikan sekarang ni ttg hak2 wanita dlm Islam. eg. polygami,harta peninggalan yg mana lelaki dapat 2 bahagian dan wanita mendapat 1 bahagian(dgn sebab wanita lebih ramai menjaga ibu bapa mrk).ana tidak mempertikaikan apa yg Allah perintahkan… ana juga tidak menyokong feminisme… cuma dlm membahaskan isu ini dan rekomendasi yg ana harus cadangkan adalah 1- pendidikann kpd kaum lelaki agar bertanggungjawab terhadap wanita2 mrk dan 2- masyarakat harus mendalami siyasah syariah agar dapat menyelesaikan masalah kontemporari dalam masa yg sama tidak menjejas hukum yg Allah tentukan. apa pandangan ustaz dlm masalah ini? atau ada apa2 maklumat yg dapat ustaz kongsi dgn ana. wallahu alam sukran

    • renungan2u Berkata

      W, salam.

      Antara intipati surah al-Nisa’ adalah berkaitan dengan tanggungjawab umat Islam dalam menunaikan hak-hak dan tanggungjwab kewangan yang di amanahkan Allah kepada manusia khususnya kaum lelaki.

      1. Amanah menyimpan harta anak-anak yatim sehingga mereka dewasa dan menyerahkan kembali harta tersebut kepada mereka.
      2. Hak-hak mahar yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya.
      3. Larangan memberikan urusan pengurusan harta kepada orang-orang yang lemah akalnya.
      4. Kaedah pembahagian harta peninggalan si mati

      Ayat 9. Allah menegaskan agar umat Islam merasa bimbang meninggalkan zuriat yang lemah, miskin dan meminta-minta.

      Nabi juga melarang umat Islam mewasiatkan semua hartanya kejalan Allah melainkan 1/3 sahaja. Dan baginda menegaskan lebih baik meninggalkan zuriat yang kaya daripada miskin.

      Satu daripada cabang ilmu siyasah syariyyah ialah ilmu Perancangan, pengurusan, dan pentadbiran.

      Ilmu-ilmu ini telah dikembangkan oleh barat tetapi umat Islam ditipu dengan salah faham terhadap konsep takdir.

      Merancang, merencana, mengurus dan mentadbir dengan baik semua urusan juga adalah takdir Allah dalam menguruskan alam ini.

      Seorang ketua keluarga wajib berusaha dan berkerja keras bagi meninggalkan zuriat yang kayaraya.

      Kemudian mereka perlu faham bahawa mereka sepatutnya mengagihkan kekayaan itu semasa hidup mereka melalui amalan hibah, hadiah, pemberian dan sebagainya berasaskan akan pindahmilik sedia ada.

      Bagi mereka yang bodoh, dungu, dan menyerah semua urusan kepada kehendak Allah maka terimalah keputusan Allah dalam hukum2 faraid.

      Hukum faraid adalah kaedah yang ditentukan oleh Allah berasaskan tanggungjawab syarak yang tersedia ada kepada seorang lelaki dan ia terlaksana apabila simati meninggal dunia dan meninggalkan harta dan hutang.

      Jika seseorang itu merancang kewangannya dengan bijak Islam tidak menghalangnya untuk menghibahkan semua hartanya atau sebahagiannya mengikut budibicaranya.

      Hukum Faraid yang ditentukan oleh Allah adalah yang terbaik.

      Masyarakat bukan Islam biasanya akan menggunakan sistem wasiat atau ‘will’. Masalah akan timbul jika seorang itu mewasiatkan semua hartanya kepada ‘girl friendnya’ maka wasiat itu terlaksana dengan kuasa undang-undang.

      Isteri dan anak-anak simati tidak berhak membuat apa-apa tuntutan tetapi dalam Islam wasiat itu hanya terlaksana dengan kadar maksima 1/3 bahagian sahaja.

      Apakah sistem itu lebih baik dan lebih adil kepada wanita dan anak-anak simati??

      Pembahagian samaratapun tidak ada dalam undang-undang? Malah dalam sistem kapitalis seseorang itu boleh mewasiatkan semua hartanya kepada rumah kebajikan anjing sekalipun.

      Sebenarnya isu-isu serangan keatas sistem-sistem Islam adalah serangan terancang golongan musuh-musuh Islam.

      Isu Faraid adalah isu yang Allah tentukan jika semua ahli keluarga degil dan tidak mahu bertolak-ansur.

      Tetapi jika semua waris memiliki ruh persaudaraan, kasihsayang, belas kasihan mereka boleh menyerahkan bahagian mereka kepada adik atau kakak yang lebih memerlukan.

      Harta warisan adalah hak-hak waris. Maka waris boleh mengambilnya dan boleh memberikan kepada sesiapa yang beliau lihat lebih memerlukan.

      Inilah maksud taqwa disepanjang surah an-Nisa.

      Saya cadangkan anti baca mengenai perancangan dan serangan musuh-musuh Islam
      keatas Islam.

      Konsep perancangan kewangan dalam Islam

      lihat blog saya; annuars.wordpress.com, excel4attitude.wordpress.com dan alitqanagency.blogspot.com

      wallahua’lam.

  8. Liyana Berkata

    Assalammualaikum,ustaz..sy sdg mmbuat kajian ttg masyarakat majmuk menurut perspektif islam..adakah perundangan islam iaitu maqasid syariah ada kena mgna dgn msyrkat majmuk ataupun hanya untuk umat islam shj..sy keliru bgaimana hendak mnerangkan nye kpd rakan2 nti..bolehkah ustaz menerangkan konsep msyarakat majmuk menurut perspektif islam??

    • renungan2u Berkata

      Islam adalah sistem hidup yang diturunkan oleh Allah kepada semua manusia, semua kaum, semua bangsa, semua bahasa diseluruh dunia. Al-Quran adalah wahyu Allah, hidayah Allah, petunjuk Allah kepada manusia makhluk ciptaannya. Maka menurut perspektif Islam semua manusia memerlukan bimbingan Allah Pencipta mereka sebagaimana kereta Toyota perlu diselenggarakan mengikut manual yang disediakan oleh sayrikat Toyota.

      Oleh kerana al-Quran adalah wahyu Allah untu semua manusia maka Allah yang menciptakan manusia berpuak-puak, berbangsa-bangsa juga boleh ditadbir hanya menggunakan wahyu Allah juga.

  9. fatin Berkata

    as salam…ustaz,boleh tak terangkan 5 kekuatan Piagam Madinah yang membolehkannya menjadi contoh dalam merangka perlembagaan sebuah negara pelbagai etnik.

    • renungan2u Berkata

      1.perlembagaan bertulis.
      2.semua hak dan tanggungjawab kerajaan dan kerakyatan dinyatakan dan diberikan secara saksama
      3.kewajiban bertakaful dalam melunaskan hutang rakyat
      4.larangan kepada semua kaum membuat perjanjian dengan kuasa luar secar tersendiri.
      5. penyataan rujukan perundangan kepada Allah dan rasul. ( Allah adalah pencipta semua manusia dan rasul adalah utusan Allah yang paling layak membuat hukum)

  10. nina Berkata

    salam.
    sya sdang mencari enam pkara pnting yg mnjadi asas piagam madinah utk pembentangan sya untk kwn2 di skolah..boleh nyatakan.?

    • renungan2u Berkata

      1. fasal kerakyatan.
      2. sempadan negara
      3. rujukan perundangan.
      4. pemimpin.
      5. tanggungjawab kewangan.
      6. tanggungjawab mempertahankan kedaulatan

  11. AMIR S.ALAM Berkata

    assalamualaikum,saya nak tahu perbezaan antara piagam madinah dengan perlembagaan malaysia

  12. alyn Berkata

    macam mana nak kaitkan piagam madinah dengan pemimpin negara dan isu -isu semasa yang
    berkaitan

  13. ana Berkata

    1) salam ustaz…boleh x, tolong huraikan mengenai piagam madinah fasal 16. kalau boleh, ustaz tolong selitkan hadis dan ayat al-Quran.

    2) boleh x ustaz terangkan bagaimana piagam madinah fasal yang ke 16 itu dapat memantapkan aqidah?

  14. Franny Phelsy Berkata

    Assalamualaikum Ustaz…saya Fran, saya ingin bertanya tentang soal perbandingan piagam madinah dengan perlembagaan Malaysia dari segi etnik…apakah perbezaan di antara kedua-dua ini?

    • renungan2u Berkata

      Piagam Madinah adalah perjanjian antara penduduk Madinah yang terdiri daripada Umat Islam dan golongan Yahuhi. Semua ethnik yang wujud di Madinah mendapat hak yang sama dari sudut kebajikan dan hak-hak kemanusiaan cuma disudut perundangan telah digariskan bahawa rujukan tertinggi adalah Al-Quran dan Muhammad s.a.w.

      Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada semua rakyat yang berumur 21 tahun keatas untuk memilih wakil ke parlimen bagi menggubal undang-undang.

  15. MYSARA SYAFIKAH Berkata

    SALAM ustaz….bolehkan sy mendapatkan keterangan lanjut mengenai SAHIFAH MADINA DAN PERANANNYA DALAM MEMUPUK PERPADUAN ETNIK YANG HARMONIS DI ZAMAN RASULLULAH S.A.W.terima kasih

    • renungan2u Berkata

      Wujudnya perlembagaan bertulis menjadikan asas rujukan dalam pemerintahan. Kerajaan nabi Muhammad s.a.w. merupakan kerajaan pertama di dunia yang memiliki perlembagaan bertulis. Perjanjian bertulis mampu mengelakkan pertikaian dan menjamin keadilan ketika wujud perselisihan.

  16. siti aisyah Berkata

    assalamualaikum? saya siti aisyah pelajar dari politeknik.. soalan saya apa persamaan dan perbandingan konsep 1 malaysia dengan masyarakat majmuk piagam madinah.. terima kasih…

  17. zulkifky Berkata

    pandangan sarjana tradisi dan kontempirari berkaitan siayasah syar’iyyah

  18. Satizah Berkata

    Piagam Madinah dan aplikasinya di Malaysia dalam usaha mewujudkan keharmonian etnik?

  19. Muhammad Iza'an Berkata

    assalamualaikum ustaz…saya ada kekeliruan sedikit m’genai pernyataan nie “piagam madinah sebagai model, jelaskan pendekatan islam dalam menangani persoalan hubungan kaum di malaysia” selain kita perlu fokus dgn kebebasan b’agama, dari aspek apa lgi yang sepatutnya kita perlu difokuskan…

  20. niharaf Berkata

    salam..ustaz,sy nak tahu,adakah perlembagaan madinah mempunyai perbezaan y ketara dgn perlembagaan persekutuan tanah melayu??

  21. wami mega hartati Berkata

    assalamualaikum….boleh g y q bertanya…..jelaskan menurut presfektif kekinian atau modern,bahwa piagam madina d sebut sebagai pondasi utama lahirnya konstitusi ketatanegaraan yang mengandung aspek egalitarian,pluralis,demokratis dan humanis..makasih


  22. salam ustaz…sy nk tny perbandingan piagam madinah dgn p.malaysia dr segi melindungi negara, pemimpin negara dan politik perdamaian ni macamana ustaz??

  23. siti Berkata

    Salam ustaz sy nk tya apakh prsamaan & prbezaan konsep stu mlysia dan piagam mdinah? klu bley sya nk pnjelasn scr trprinci…..,,,…..

  24. asad fikri shahifudin Berkata

    Assalaimualaikum ustaz,
    Bismillah, sya ingin menarik perhatian ustaz kpd persoalan
    1.adakah masih ada kemungkinan utk kita pinda perlembagaan malaysia yg sedia ada kpd perlembagaan islam?
    2.Kedua sejauh mnakah islam membenarkan kita berurusan dgn negara yg menolak islam (contoh perancis, usa)?
    3.sejauh mnakah islam membenarkan kita terus menerus mengejar teknologi sehingga menyebabkn umat islam leka dn menjadi hamba kepda pembangunan. Boleh x kalau kita stop stkt yg ada hari ini, kerana khuatir ianya mungkin slah satu fitnah dajjal di akhir zaman.
    sekian.

    • renungan2u Berkata

      1.masih ada kemungkinan
      2.selagi ada keuntungan untuk negara, bangsa dan agama
      3. teknologi adalah alat kemajuan hasil manusia menggunakan nikmat akal yang dikurniakan Allah, Isunya kita perlu memperkasakan dakwah dikalangan umat Islam.

  25. lina Berkata

    salam ustaz,bleh ustaz terangkan dengan lebih jelas tentang fasal 39,40 dan 41…terima kasih

  26. latifah Berkata

    assalamualaikum ustadz mau tanya,
    jelaskan menurut perspektif kekinian atau modern bahwa piagam madina disebut sebagai pondasi utama lahirnya konstitusi ketatanegaraan yang mengandung aspek egalitarian, pluralis, demokratis dan humanis,,,
    sukron ustadz

  27. akma Berkata

    salam ustaz…blh x ustaz berikan penjelasan mengenai prinsip2 piagam madinah yang mnjadi peraturan bernegara dan peraturan bangsa2 bersatu hingga ke era moden kini…saya kurang faham bagaimana mahu menghuraikannya..

    • renungan2u Berkata

      Sebelum Islam.. tiada perlembagaan bertulis yang dijadikan dasar pemerintahan dan hubungan.
      Piagam Madinah menjadi sumber rujukan seluruh sistem pemerintahan moden yang berasaskan perlembagaan

  28. akma Berkata

    salam…boleh x ustaz berikan penjelasan tentang prinsip piagam madinah yang menjadi dasar kepada peraturan bangsa-bangsa bersatu..adakah antara kedua-duanya mempunyai persamaan dan adakah Piagam PBB tersebut mengambil prinsip2 dari piagam Madinah??
    mohon respon dari ustaz..wassalam..

    • renungan2u Berkata

      Sebelum Islam.. tiada perlembagaan bertulis yang dijadikan dasar pemerintahan dan hubungan.
      Piagam Madinah menjadi sumber rujukan seluruh sistem pemerintahan moden yang berasaskan perlembagaan


Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: