4. Definasi Siyasah

Perkataan siyasah pada penggunaannya di sudut bahasa bermaksud ‘mentadbir sesuatu perkara dengan baik’ atau ‘pemerintah mentadbir urusan rakyat’.[1]

Perkataan Syari`ah berasal dari perkataan “Syari`at dalam bahasa Arab, yang dalam penggunaan biasanya dimengertikan sebagai ‘sumber air minum atau pembawaan yang jelas’[2].  Perkataan  ‘Syari`ah’ juga dipakai oleh al-quran dalam banyak ayat antaranya ada yang bermaksud sebagai peraturan hidup yang terkandung dalam suruhan dan larangan dan ada juga yang bermaksud seluruh ajaran agama yang merangkumi aspek keimanan, perundangan dan akhlak.

Manakala ‘Syari`at Islam’ ialah seluruh apa yang disyari`atkan oleh Allah di dalam agama sama ada dengan wahyu atau dengan sunnah rasul saw. Ianya termasuklah perkara-perkara yang berkaitan dengan persoalan akidah dan keimanan, akhlak-akhlak yang mulia dalam perhubungan sesama anggota masyarakat dan hukum-hukum Allah yang berkaitan dengan perbuatan para mukallaf sama ada halal, haram, wajib, sunat dan harus yang dikenali sebagai fiqh dan juga perundangan Islam.[3]

 

·      Definasi Siyasah Syar`ieyyah Menurut Istilah.

 

Para fuqaha’ pula mentakrifkannya sebagai: “Tindakan pemerintah terhadap sesuatu perkara kerana mendapatkan suatu kemaslahatan walaupun tindakan itu tidak mempunyai dalil pada juzu’nya.” Dalam penakrifan lain mereka berkata: “Menguruskan kemaslahatan manusia dengan mengikut  ketentuan syarak.”

Kebanyakan  tulisan yang berkaitan dengan siyasah syar`ieyyah mendefinasikan pengertian siyasah dengan definasi yang berkisar di atas kedua-dua takrif tersebut.

Siyasah syar`ieyyah ialah ilmu yang membincangkan mengenai pentadbiran sesebuah kerajaan Islam yang terdiri daripada undang-undang dan sistem yang  berasaskan kepada asas-asas Islam atau mentadbir urusan umum daulah Islamiah dengan cara yang membawa kebaikan kepada manusia dan mengelakkan mereka daripada kemudharatan, tanpa melanggar sempadan syarak dan asas-asas kulliah walaupun dalam perkara yang tidak disepakati oleh ulama’ mujtahidin.[4]

Oleh itu topik perbincangan siyasah syar`ieyyah dikalangan para fuqaha’ ialah sistem, peraturan dan undang-undang yang diperlukan di dalam mengurus sesebuah negara bertepatan dengan asas-asas agama bagi menjamin pencapaian kemaslahatan kepada manusia, menunaikan segala keperluan mereka dan menjauhkan mereka daripada kemudaratan dunia dan akhirat.



[1] Mu’jam al-Wajiz.

[2] Al-Mu’jam al-Wasit dan Mukhtarus-Sahah dibawah perkataan `Syara`a’

[3] Lihat: Muhammad Yusuf Musa: Al-Madkhal Li-Dirasah al-Fiqh al-Islami, Dar al-Fikr al-`Arabi,1961.

[4] Abdul Wahab Khallaf: Siyasah syar`ieyah Aw Nizam al-Daulah Islamiyah Fu SyuUn al-Dusturiyah wa al-Kharijiyah wa al-Maliyah; Kaherah, Dar al-Ansar. Hal.18

3 Tanggapan to “4. Definasi Siyasah”

  1. ahmad kandar Says:

    salam , klo boleh sya mau di email kan semua yang berkaitan siasah syariyyah !

  2. anakrahman Says:

    Alhamdulillah, akhirnya sy jumpa blog ini. Sekian lama mencari sumber utk mengetahui lebih mendalam ttg politik dalam Islam.

    Rasanya tiada istilah ‘politik’ dlm Islam, lebih tepat istilah ‘siyasah’. Sy mengkaji dlm bidang sc politik, dan sudah lama mencari solusi bagi sistem demokrasi yg bertentangan dgn Islam. Terkini, byk diskusi ‘democracy deficit’, ‘democracy denied’, ‘democracy delayed’ dan pertentangan antara human rights yg diwar-warkan dalam Universal Declaration on Human Rights yg bertentangan dgn definisi ‘HAK’ dalam Islam.

    Jazakallah khair! Blog ini memberi lebih semangat utk saya terus ‘ber siyasah’.


Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: