7.5. Tanggungjawab Khalifah

Bidangkuasa khalifah dalam siyasah syar`ieyyah, diistilahkan oleh ulama’ sebagai tanggungjawab wilayah al-Ammah, ianya merangkumi segala bidang yang dapat mencapai kerahmatan hidup untuk manusia di dunia dan akhirat. Kerahmatan, kedamaian dan kenteraman hidup individu, keluarga dan masyarakat dan  keadilan hak dan tanggungjawab sesama manusia merupakan amanah Allah kepada manusia yang dilantik Allah menjadi khalifah-Nya di dunia ini.

Keselamatan hidup di akhirat hanya tercapai sekirannya manusia beriman kepada Allah dan melaksanakan seluruh tanggungjawab yang ditaklifkan kepada mereka. Begitu juga kedamaian hidup di dunia dan keadilan sesama manusia tidak akan tercapai melainkan dengan melaksanakan segala perintah Allah kepada manusia.

Oleh itu bidang pelaksanaan siyasah syar`ieyyah merangkumi keseluruhan tuntutan Islam yang syamil dan kamil; bermula daripada membentuk masyarakat dengan acuan Islam, mendidik keluarga-keluarga Islam dengan akhlak dan adab-adab Islam, menyusun dasar dan sistem kemasyarakatan dengan sistem-sistem Islam, membentuk dasar-dasar negara dan sistemnya dalam pelbagai bidang; sistem pemerintahan, dasar pendidikan, dasar ekonomi, dasar kebudayaan, sistem kehakiman, dasar luar negara dan sebagainya dengan asas-asas Islam. Iaitu asas-asas yang membentuk budaya pengabdian diri kepada Allah dan mengharapkan akhirat dikalangan pemerintah dan rakyat. Seterusnya memimpin pegawai-pegawai dan masyarakat agar merealisasikannya dalam kehidupan.

Bidang-bidang ini bolehlah di simpulkan sebagai:

1.    Esekutif dan pentadbiran.

2.    Kehakiman

3.    Kewangan

4.    Dakwah dan Jihad.

5.    Pendidikan dan Kekeluargaan.

6.    Memelihara Keamanan.

7.    Pembangunan dan  Kebajikan Awam.

 

Tanggungjawab Khalifah.

Daripada bidang-bidang tersebut bolehlah dihuraikan tanggungjawab yang wajib dipikul oleh khalifah dan institusinya seperti berikut:

        · Mentadbir Urusan Agama

        · Mentadbir Urusan Dunia Dengan Agama.

Mentadbir Urusan Agama

Memelihara agama sama ada yang berkaitan dengan perkara usul maupun furu’. Iaitulah dengan memelihara al-quran dan sunnah, memelihara keimanan umat, kefahaman Islam yang benar dan jelas, membentuk budaya kehidupan yang bertakwa di samping memerangi segala bentuk pengaruh dan ancaman yang boleh melunturkan keimanan dan penghayatan Islam di kalangan umat.

Segalanya ini dilaksanakan melalui:

1-    Melaksanakan Tarbiyah Islamiah yang sebenar kepada umat, hadaf, manhaj dan perlaksanannya dengan tujuan melahirkan individu soleh, keluarga harmoni, masyarakat penyayang dan negara yang mendaulatkan Islam.

2-    Menyebarkan dakwah Islamiah kepada seluruh manusia dengan segala media yang ada dengan menitik beratkan kepada menamkan keimanan kepada masyarakat dan melahirkan masyarakat yang bertakwa.

3-    Mencegah segala punca-punca kemungkaran.

4-    Menghapuskan khurafat, bid‘ah dan segala kebatilan.

5-    Memelihara keselamatan daulah Islam dengan jihad dan murabatoh.

6-    Melaksanakan syariah Islam dan hukum-hukumnya.

7-    Berusaha menggalakkan manusia meninggalkan segala yang diharamkan dengan cara targhib dan tarhib.

8-    Mengharamkan segala bentuk hiburan yang boleh merosakkan budaya Islam Membentuk budaya hidup sihat dikalangan masyarakat.

 

Mentadbir Urusan Dunia Dengan Agama.

 

Mentadbir urusan dunia dengan agama termasuklah meluaskan kekuasaan Islam, memelihara darul Islam, mentadbir dan menguruskan urusan dalam kerajaan dan rakyat, pendidikan, ekonomi, muamalah, kehakiman dan ketenteraman awam atau keselamatan negara.

a.  Mentadbir Urusan Ketenteraan

Meluaskan empayar Islam dengan berdakwah, berjihad, membuat perjanjian sehinggalah dunia berada di bawah sistem Islam.

b.  Memelihara Darul Islam

Dengan berjihad menentang musuh, golongan penentang dan memelihara kekuatan dalaman negara, kesatuan masyarakat keamanan dan keselamatannya.

c. Menyusun Pentadbiran Kerajaan

Penyusunan pentadbiran termasuklah membahagikan wilayah, memilih ahli syura, para menteri, gabenor, hakim dan pegawai-pegawai, membina sistem pentadbirannya dengan adil, melihat perlaksanaan tanggungjawab dan memberikan hak.

d.  Membangunkan Negara

Termasuk di dalam bidang pembangunan ialah menyusun strategi pembangunan ekonomi, sosial, kewangan dan memastikan sistem yang dijalankan berasaskan prinsip-prinsip syariat di dalam siyasah al-syariyah.

Di dalam bidang ekonomi ialah mengurus sumber-sumber pendapatan negara dan mengagihkannya kepada yang berhak, menyusun strategi pelaburan, pembangunan mengembangkan sektor-sektor ekonomi dalam pertanian, perlombongan, perusahaan,  pengeluaran, meluaskan pasaran dan sebagainya.

e.  Mengurus Pentadbiran Kewangan

Menguruskan kemasukan kewangan negara dan perbelanjaannya seperti menguruskan harta zakat yang terdiri daripada harta tanaman, ternakan, galian, perniagaan dan sebaginya. Begitu juga menguruskan harta ghanimah, jizyah, usyur, kharaj dan cukai.

Menguruskan perbelanjaan negara termasuklah segala yang berkaitan dengan memelihara agama dan melaksanakan kemakmuran kepada umat dan menafkahkannya kepada mereka yang disebut oleh syarak sebagaimana yang dinyatakan di dalam setiap asnaf zakat, ghanimah dan al-fai’.

f.  Membina Kemakmuran

Dengan menyediakan segala kemudahan prasarana; masjid, sekolah, universiti, hospital, kemudahan air, elektrik, komunikasi, lapangan terbang, telefon, pos jalan-raya, bank, takaful, pusat membeli belah, rekriasi dan sebaginya.

g.  Mentadbir Urusan Hak dan Keadilan

Begitulah juga termasuk di bawah bidang kuasa siyasah syar`ieyyah, menguruskan urusan kehakiman yang menyelesaikan perselisihan, mengembalikan hak kepada yang dizalimi, menghukum penjenayah. Melaksanakan hukum-hukum hudud, qisas dan ta’zir.

h. Sistem hisbah

Sistem yang melaksanakan tugas al-amru bi al-makruf dan nahy `an al-munkar dalam wilayah-wilayah Islam bagi mendisipkan umat agar mematuhi segala peraturan-peraturan Islam dalam urusan ibadah dan muamalah seharian.

Berikan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

%d blogger menyukai ini: