9.4 Asas-Asas Perjawatan Dalam Islam.

Islam telah meletakkan asas-asas dalam menyusun kehidupan, termasuklah asas-asas menyusun bidang-bidang kuasa dan sifat-sifat ahli yang berkelayakan untuk memegang mana-mana kekuasaan.

 

 

1. Kepakaran

 

Dalam al-quran terdapat contoh-contoh perlantikan seseorang memegang sesuatu amanah yang berdasarkan kelayakan khusus. Antaranya kisah Yusuf (a.s.) sebagaimana firman Allah yang bermaksud : “ Katanya, jadikanlah aku yang mengurus khazanah bumi, sesungguhnya aku seorang yang memelihara dan berilmu”[17]

 

Begitu juga firman Allah bermaksud: “ Sesungguhnya Allah memilihnya (Talut) menjadi raja keatas kamu dan telah dibekalkan kepadanya keilmuan dan badan yang kuat”[18]

 

2. Paling Layak.

 

Ramai dikalangan manusia yang mempunyai kepakaran tertentu, tetapi siapakah dikalangan mereka yang paling layak untuk memikul tanggungjawab yang merupakan suatu amanah yang berat, maka wajiblah dipilih dan berhati-hati.

 

Sabda rasulullah (s.a.w.) maksudnya :

 

 

 “ Sesiapa yang melantik seseorang memimpin urusan muslimin, lalu dia melanti seorang lelaki sedangkan dia dapati disana seorang lain yang lebih memberi maslahat kepada muslimin daripada pilihannya maka beliau telah mengkhianati Allah dan rasulnya”

 

Dalam riwayat yang lain:

 

Sesiapa yang melantik seorang lelaki memimpin suatu kumpulan sedangkan di dapatinya pada kumpulan itu seseorang yang lebih diredai daripadanya, sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah dan rasulnya[19]

 

Omar al-Khattab (r.a)  berkata : “ Sesiapa yang melantik seseorang memimpin sesuatu urusan muslimin, lalu dilantik seorang lelaki kerana wujud kasih sayang atau hubungan kaum kerabatnya antara mereka, sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah, rasulnya dan kaum muslimin”

 

3. Amanah.

 

Ulamak Islam sepakat menjadikan amanah sebagai syarat bagi sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin urusan muslimin sehinggakan pada menguruskan harta anak yatim, harta waqaf dan wakil seseorang lelaki pada hartanya.

 

Sabda rasulullah (s.a.w.) : “ Apabila dikhianati amanah maka tunggulah kiamat” lalu ditanya, wahai rasulullah bagaimanakah mengkhinatinya? Sabda baginda: “ Apabila diserahkan kepimpinanbukan kepada ahlinya maka tunggulah kiamat”[20]

 

Seorang yang ahli `Azimah dan Kuat

 

Kekuatan dalam pemerintahan ialah seorang yang adil, berilmu terhadap tanggungjawab yang diamanahkan dan cara melaksanakannya, berkemampuan untuk melaksanakannya, dan sanggup memikul segala risiko dan cabarannya.

 

Rasulullah s.a.w. telah melantik Khalid al-Walid menjadi panglima perang sejak keIslamnnya.

2 Tanggapan to “9.4 Asas-Asas Perjawatan Dalam Islam.”

  1. wonder Says:

    “Seorang yang ahli `Azimah dan Kuat”
    boleh kah jelaskan lebih lanjut.. sbb sy kurang faham.. kenapa dikatakan azimah, apakah maksud disebalik perkataan azimah??


Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: