9.2 Ketuanan Dan Pemecahan Bidangkuasa Dalam Islam Dan Kerajaan Moden

 

Islam adalah agama dan pemerintahan.  Tidak ada pemisahan antara dunia dan akhirat. Dunia adalah laluan ke akhirat. Malah Allah menghalang sesutu kemungkaran dengan kekuasaan yang tidak dapat dihalang dengan al-quran.

 

 Syariah adalah asas dan kerajaan adalah pemeliharanya, sesuatu yang tiada asas akan tumbang dan sesuatu yang tiada pemeliharanya akan hilang.”  [16]

 

Teori Kekuasaan ( Kuasa tertinggi )

 

Dalam pemerintahan di Eropah sebelum tercetusnya revolusi pada tahun 1789 kuasa tertinggi terletak kepada raja yang memerintah. Kuasa raja bersandarkan kepada fatwa-fatwa dan perundangan yang dbuat oleh padri. Lantaran itu pemerintahan raja adalah pemerintahan yang berasaskan kepada asas teokratik.

 

Selapas berlakunya revolusi 1789 rakyat telah memindahkan kuasa tertinggi ini kepada ummah dengan membentuk kerajaan demokrasi.

 

Persoalannya adakah pemerintahan Islam merupakan pemerintahan teokratik yang berasaskan kepada kuasa mutlak khalifah atau berasaskan kepada kuasa rakyat jika dibandingkan kepada teori pemerintahan Barat.

Pendapat  Pertama.

 

Al Maududi menyatakan:

 

1.    Al-Siyadah atau al-Hakimiah, hanyalah milik Allah dan bukan milik manusia lain, malah nabi s.a.w. tidak mengikut melainkan wahyu. Oleh itu kuasa perundangan juga adalah milik Allah.

2.    Kerajaan Islam ialah kerajaan theocracy ( kerajaan Allah) tetapi berbeza dengan theocracy yang difahami oleh orang-orang Eropah, yang memahami hanya golongan ruhban sahaja berkuasa membuat perundangan kemudian mereka berkata undang-undang itu daripada Allah.

 

Tatapi theocracy Islam tidak dimonopoli oleh golongan padri dan ahli agama tetapi ditangan ummah keseluruhannya yang menguruskan pentadbiran mengikut kitab Allah dan sunnah rasulnya.

 

Pendapat  Kedua.

 

Abdul Wahhab Khallaf dan Muhammad Rasyid Reda.

 

Dalam Islam ummah merupakan sumber perundangan (demokrasi) berdalilkan kepada kewajiban syura, tanggungjawab ulil `amr dan perlantikan khalifah dengan baiah umum.

 

Walau bagaimanapun mereka bersepakan bahawa perundangan itu hendaklah tidak bertentangan dengan Al-Quran dan sunnah mutawatir.

·      Kuasa Pengasas.

 

Mereka yang berkuasa membentuk perlembagaan atau mengubahnya. Iaitu dengan dilantik haiah ta’sisiah. Dalam sejarah Islam mereka ialah ahli al halli wa al`aqdi dengan rujukan asasinya ialah Al-Quran dan al-Sunnah.

 

·      Kuasa Perundangan.

 

Kuasa Perundangan dalam Islam mempunyai dua makna:

 

1.    Mengadakan hukum syarak

2.    Menjelaskan hukum berdasarkan asas-asas syari`ah.

 

Kuasa perundangan dalam pengertiannya yang pertama hanyalah kepada Allah manakala pada pengertiannya yang kedua berlaku selepas zaman rasulullah saw di zaman para sahabat sehinggalah kini yang dipertanggungjawabkan kepada ahli al-halli wa al-`aqdi dan ulama mujtahidin..

 

Dalam kerajaan moden kuasa ini terletak kepada wakil-wakil rakyat yang dilantik melalui proses pilihanraya umum. Peruntukan undang-undang akan dibahaskan dan diluluskan di Dewan Rakyat.

 

 

·      Di Zaman Rasulullah s.a.w.

 

Kuasa perundangan hanyalah pada rasulullah s.a.w dengan berpandukan wahyu atau ijtihad yang diakui oleh Allah.

 

Zaman Rasulullah ( antara tahun 610-632 m) . Fasa perundangannya (Marhalah tasyri’) dan kehakiman berlaku hanya selepas hijrah iaitu selepas tahun (622m)

 

·      Selepas Zaman Risalah.

 

Perundangan dalam maksud kedua dilakukan oleh para mujtahidin dan juga khalifah.

 

Kuasa Eksekutif (Sultah Tanfiziah)

Kuasa eksekutif dizaman Islam ialah:

 

1.    Diketui oleh Khalifah.

2.    Dibantu oleh Umara’  (gabnor) Wilayah.

3.    Para menteri (Wuzara’)

4.    Amil zakat dan jizyah

 

Kuasa Kehakiman (Sultah Qadaiyyah)

 

Antara tugas kuasa kehakiman dalam islam ialah :

 

Menyelesaikan pertelingkahan

Melaksanakan Hudud

Mengembalikan hak yang dizalimi

 

Siyasah Antarabangsa (Siyasah Kharijiah.)

Terdapat dua pendapat mengenai dasar hubungan luar dalam Islam.

Pendapat 1.

 

Wajib berjihad menentang pemerintahan kuffar yang enggan memberi kekebasan kepada rakyatnya beriman kepada ajaran islam dan mematuhi sistem-sistem Islam. Maka asas hubungan luar ialah berperang.

 

Kerajaan Islam juga diistilahkan sebagai Dar al-Islam  iaitu negeri yang terlaksana di dalamnya hukum Islam, aman di dalamnya golongan kafir yang diberi keamanan.

 

Dar al-`Ahd, ialah kerajaan bukan islam yang terikat dengan perjanjian damai sementara dengan kerajaan Islam.

 

Ahli Zimmah, orang bukan Islam yang menjadi rakyat dar al-Islam.

 

Pendapat 2

 

Asas hubungan luar dengan dar al-Kufr ialah perdamaian. Jihad hanyalah diwajibkan apabila dakwah tidak aman dan terhalang oleh kuasa kuffar.

 

 

Dasar  Kewangan .

 

Pendapatan.

 

Sumber kewangan dalam Islam ialah harta zakat, ghanimah, al-fai’, jizyah, kharaj dan `usyur.

Perbelanjaan.

 

Perbelanjaannya adalah berasaskan asnaf zakat, al-ghanimah dan maslahah ammah.

 

Pemerintah dalam daulah Islam bukanlah milik sesuatu ummah, peribadi, kelompok atau golongan tertentu, kerana asas pemerintahan dalam perundangan Islam ditentukan oleh perlembagaan asas yang diwahyukan oleh Allah s.w.t. Malah manusia tidak boleh berkumpul dan berpakat untuk mengubahnya.

 

Begitu juga asas kekuasaan dalam undang-undang Islam telah menyelesaikan masalah berkaitan dengan kekuasaan, kerana ianya tidak diserahkan kepada mana-mana peribadi, raja, khalifah atau pemerintah sebaliknya diserahkan kepada suatu kumpulan dengan ikatan tertentu iaitulah ikatan syarak, pengawasan dan keahlian.

 

Rasulullah (s.a.w.) selain baginda sebagai seorang rasul, baginda juga menguruskan sebahagian besar urusan muslimin dalam bidang siyasah, kemasyarakatan dan ekonomi.Memandangkan keluasan wilayah Islam tidaklah begitu luas maka belum wujud keperluan untuk membentuk organisasi pelaksana yang lebih besar.

 

Malah sebahagian tanggungjawab pentadbiram dan tugas-tugas siyasah diagihkan kepada beberapa peribadi yang berkemampuan dan layak bagi membantu rasulullah (s.a.w.) mentadbir urusan ummah di bidang politik, ketenteraan dan kehakiman. Pembahagian ini samalah seperti pembentukan kementerian seperti di zaman ini.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: