Mengenai Tulisan Ini

Mei 7, 2008

Topik yang saya kemukakan ini hanyalah petikan daripada buku-buku karangan ulama silam sebagaimana yang saya nyatakan dalam muqaddimah dan pengantar. Tujuan saya ialah untuk mengetengahkan idea-idea dan fiqh ulama silam mengenai politik Islam.

Karya ini adalah karya lama saya yang saya baru ketengahkan dan tidak sempat saya edit berasaskan maklumat dan ilmu terkini namun ia tetap boleh dimanfaatkan kerana ia merupakan petikan daripada karya-karya ulama silam yang menjadi rujukan hingga kini.

Memahami fiqh siyasah syariyyah merupakan aspek penting terutamanya kepada para pendakwah yang menggerakkan kerja mereka dalam jamaah Islam atau harakah Islamiyyah.