7.3. Syarat Seorang Khalifah

Para pengkaji telah berselisih pendapat dalam menentukan bilangan syarat-syarat Imam.

Syarat Imam menurut al-Khalkhasyandi.

1-    Lelaki

2-    Baligh

3-    Berakal

4-    Melihat

5-    Mendengar.

6-    Berkata-kata

7-    Selamat sekelian anggota

8-    Serang yang merdeka bukan hamba.

9-    Islam.

10- Adil

11- Berani dan Gagah

12- Berilmu yang mampu berijtihad

13- Berakal Fikiran sihat dan beragama

14- Keturunan Quraisy kerana terdapat dalil bahawa Abu Bakar (r.a.) telah berhujah kepada al-Ansar dengan hadis nabi:

 

“Imam daripada Quraisy.”

 

Syarat Imamah di sisi al Mawardi.

1-    Adil

2-     Berilmu yang membolehkannya berijtihad

3-    Sejahtera semua pancaindera seperti telinga, mata dan lidah

4-    Tiada kekurangan anggota yang akan menghalangnya daripada pergerakan

5-    Ketajaman pemikiran yang membolehkannya menguruskan kemaslahatan rakyat

6-    Berani dan kuat yang memungkinkannya memelihara  negara dan berjihad menentang musuh

7-    Keturunan Quraisy.

 

Demikianlah al-Khalkhasyandi dan al-Mawardi menyatakan syarat-syarat yang perlu ada kepada mereka yang akan dilantik menjadi Khalifah. Walaupun kedua-duanya menghitung dengan jumlah yang berbeza tetapi pada hakikatnya tidak terdapat perbezaan di antara kedua-dua mereka.

 

Syarat Imamah di sisi Ibnu Khaldun.

1.  Berilmu

2.    Adil

3.   Berkemampuan

4.  Selamat pancaindera dan anggota daripada yang mengganggunya dalam melaksanakan tugasnya

Manakala syarat kepimpinan daripada Quraisy tidak dilupai oleh Ibn Khaldun tetapi beliau telah mentafsirkannya sebagai seseorang yang mempunyai kekuatan dan asobiyyah yakni pengikut yang ramai yang menjadikannya mampu memikul tangggungjawab memelihara pemerintahan.

Ini ialah kerana pada kurun pertama dan kedua hijrah kaum Quraisy mempunyai kekuatan asobiyyah ini. Apabila keadaan kekuatan asobiyyah ini lemah dan hilang haibah mereka, lahir di dalam alam Islam sesiapa yang memiliki asobiyyah ini maka haruslah beliau dilantik menjadi khalifah.

Ini ialah kerana yang dimaksudkan dengan Quraisy dalam hadis bukanlah bangsa Quraisy tetapi mereka yang memiliki kekuatan dan asobiyyah yang boleh memelihara Islam dengan kekuatan itu.

Demikianlah Umar apabila hampir wafat telah mengatakan: “Sekiranya Salim hamba Abu Huzaifah masih hidup nescaya aku bai`ahkannya sebagai khalifah.”

Ini difahami daripada hadis Rasulullah (s.a.w.) yang bermaksud: “Dengarlah kamu dan taatilah walaupun kamu dipimpin oleh seorang hamba Habsyah.”

Satu Tanggapan to “7.3. Syarat Seorang Khalifah”

  1. hilda indriani Says:

    u syarat-syarat khalifah mungkin lebih sistematis kalau dibagi 2 yaitu syarat in’iqad mencakup: muslim, balig, laki-laki, berakal, merdeka,adil dan mampu. syarat ini syarat utama yang bisa menentukan kekhilafahan, sedangkan syarat yang lain yaitu syarat afdholiyah yaitu syarat tambahan, keutamaan yang dimiliki seorang khalifah, misal mujtahid,Quraisy,berani dan ahli pedang, dsb


Tinggalkan komentar