8. Sumber Ijtihad Dalam Siyasah Syariyyah

Siyasah syar‘ieyyah merupakan kaedah pemerintahan dan pentadbiran negara yang berlandaskan kepada syari‘ah. Ia juga merupakan mekanisma hukum Islam yang diharuskan kepada pihak kerajaan Islam menggunakannya bagi menangani dan menyelesaikan perkara-perkara baru yang tidak dijelaskan oleh nas-nas syarak secara langsung. Justeru ia merupakan makanisma kerajaan maka sekiranya ijtihad[1] atau fatwa yang dikeluarkan oleh individu dalam masalah ini tidak dinamakan siyasah syar‘ieyyah tetapi dinamakan ijtihad.

Walau bagaimanapun ianya merupakan sesuatu yang sukar kerana ianya melibatkan kepentingan umum seluruh rakyat atau kestabilan negara dari segi politik, ekonomi, keselamatan dan sebagainya.

Oleh kerana siyasah syar‘ieyyah merupakan perkara yang tidak mempunyai nas-nas yang langsung maka ia hendaklah berlandaskan kepada ijtihad yang diterima oleh syarak. Hal ini menunjukkan betapa besarnya peranan kaedah-kaedah ijtihad dalam perlaksanaan siyasah syar‘ieyyah. Lantaran itu sekiranya sesuatu siyasah itu tidak mengikut kaedah-kaedah yang dibenarkan oleh syarak maka siyasah tersebut tidak dianggap sebagai siyasah syar‘ieyyah lagi.

Antara kaedah-kaedahnya ialah:

1- Al-Istislah

Maksudnya: mengeluarkan hukum-hukum syarak berdasarkan kaedah masalih al-mursalah. Masalih al-mursalah bermaksud maslahah yang menyokong maqasid al-syari‘ah tetapi tidak dinaskan oleh syarak secara langsung penerimaan atau penolakannya.

Contohnya: menyalin semula al-quran dizaman Uthman Affan (r.a.)dan dihatar keseluruh wilayah, kemudian mengarahkan mashaf lain dibakar.

Tindakan ini tiada nas[2] yang nyata tetapi adalah berasaskan memelihar kemaslahatan umat Islam agar tidak berpecah.

Kerana maslahah kesatuan umat sesuatu yang dituntut oleh Islam

 

Maksudnya: “Hendaklah kamu berpegang teguh dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah.” (Aali Imran: 103)

Saidina Umar (r.a.) mengambil kharaj dari tanah Iraq dan Syam dengan tidak menjadikannya sebagai ghanimah yang dibahagi-bagikan kepada tentera.

Tindakan ini berdasarkan kepada maslahah negara dan umat iaitulah untuk menambah pendapatan negara, bagi menampung keperluan golongan tertentu yang tidak mampu seperti balu-balu syuhada’ dan anak-anak yatim.

Kerana berasaskan kepada nas syarak::

 

Bermaksud:  “Berilah mereka itu (anak yatim) rezeki daripada kamu dan berkatalah kepada mereka secara baik.” (An-Nisa’: 5)

Kedudukan al-istislah sebagai kaedah ijtihad[3] diterima oleh mazhab-mazhab Islam secara dasarnya cuma skop penggunaannya sahaja yang berbeza.

Al-Ghazali mensyaratkan untuk beramal dengan kaedah istislah ini beberapa perkara:

i.    Hendaklah tidak bertentangan dengan hukum syarak yang di dapati daripada nas atau ijma’[4].

ii.   Hendaklah ianya maslahah yang qat‘i [5]bukan dzanni. Syaikh Khudari menyatakan bukan yang dimaksudkan qat‘i oleh al-Ghazali ini ialah apa yang tiada khilaf tetapai perkara yang lebih kuat daripada dzan.

iii. Maslahah Kulliah [6]yakni maslahah umum umat bukan maslahah Juziyyah.

2.  Asas Mengambil Kira Terhadap Kesan Daripada Sesuatu Hukum

Bererti  melihat kesan sesuatu tindakan kepada masyarakat sama ada mendatangkan maslahah atau mafsadah. Maka dibawah kaedah ini terdapat beberapa pecahan antaranya:

·      Sadd al-Zarai’

Bermaksud mengeluarkan hukum syarak mengikut kaedah menutup saluran kerosakan, walaupun saluran itu pada asalnya harus. Namun pernah diperluas pemakaiannya kepada membuka jalan-jalan ke arah kebaikan dan manfaat.

Contohnya:

i-             Allah melarang mencaci tuhan-tuhan orang kafir supaya mereka tidak mencaci Allah.

( Maksud surah Al-An`am: ayat 108)

ii-   Rasulullah (s.a.w.) tidak membunuh orang-orang munafik supaya tidak difitnah bahawa rasulullah membunuh orang Islam.

iii- Para sahabat setuju menjatuhkan hukuman bunuh keatas satu kumpulan kerana membuat pakatan membunuh seorang mangsa.

iv- Diharamkan berkhalwat kepada lelaki dan perempuan yang bukan muhram, kerana ia membawa kepada zina.

v-   Diharamkan hakim menerima hadiah daripada orang yang dihakiminya.

·      Menegah Tahyyul (Helah)

Al-Syatibi mendefinasikan tahayyul sebagai:

“Melakukan sesuatu amal yang pada zahirnya diharuskan syarak dengan tujuan membatalkan hukum syarak dan mengubahnya pada zahirnya kepada hukum lain.”

Contohnya: Seseorang menghibahkan sebahagian hartanya di awal tahun untuk mengurangkan nisab zakatnya dengan tujuan tidak mahu mengeluarkan zakat.[7]

Oleh itu helah ialah melakukan sesuatu amalan atau tindakan yang pada zahirnya sah untuk menukarkan hukum yang telah sabit di sisi syarak. Apabila sesuatu hukum yang ditentukan syarak itu haram atau halal bergantung kepada syarat-syarat tertentu seperti kewajiban zakat, haram talak bain untuk di rujuk semula, haram riba dan sebagainya.

Apabila seseorang mukallaf melakukan sesuatu tindakan yang halal tetapi dengan tujuan untuk tidak melaksanakan kewajiban syarak atau mengharuskan perkara yang diharamkan syarak maka ianya di anggap helah yang diharamkan.

Terdapat satu takrif lain yang kurang masyhur ialah: “Helah dengan cara yang di syariatkan atau dengan cara yang tidak di syariatkan dengan tujuan untuk menjatuhkan hukum syarak dan menukarkannya dengan hukum lain dimana hukum itu tidak jatuh dan tidak bertukar melainkan dengan melakukan helah tersebut, maka tindakan itu di lakukan dengan tujuan tersebut dengan diketahuinya bahawa tindakan itu tidak disyariatkan untuk tujuan tersebut.”

Takrif ini merangkumi seseorang yang melakukan perbuatan yang ternyata haram dengan tujuan untuk menggugurkan kewajiban ke atasnya seperti seseorang yang sengaja meminum arak supaya mabuk yang boleh menggugurkan kewajiban solat. Atau seorang lelaki ingin berzina dengan seseorang wanita lalu diupah saksi palsu bagi menyatakan bahawa mereka telah berkahwin.

Helah ini di haramkan kerana tujuannya bertentangan dengan maqasid syara’.[8] Walaubagaimanapun Imam al-Syatibi tidak memasukkan helah yang dilakukan dengan menggunakan cara yang halal bertujuan untuk mendapatkan hak yang diiktiraf oleh syarak sebagai helah yang di haramkan

 Tetapi beliau tidak membincangkan hukum seseorang menggunakan cara yang haram sebagai helah untuk mendapatkan haknya.

Sebaliknya dalam hal ini Imam Ibn Qayyim menyatakan hukumnya tetap haram kerana hadis rasulullah (s.a.w.)[9]

 

 

Maksudnya: “ Tunaikan amanah kepada orang yang memberi amanah kepada kamu dan jangan kamu khianati orang yang mengkhianati kamu.”

Oleh itu helah yang diharamkan ialah; melakukan perbuatan yang pada zahirnya halal tetapi untuk membatalkan hukum syar‘i atau bertentangan dengan maslahah syarak. Sekiranya melakukan perbuatan yang haram sebagai helah maka lebih diharamkan.

·      5- Istihsan

Istihsan dalam mazhab Malikiah ialah: Mengambil kira maslahah juzie ketika bertentangan dengan dalil kulli  dengan rujuk kepada maslahah mursalah dan meninggalkan qiyas dengan melihat kepada maqasid syarak secara umum dalam perkara yang difardukan.[10]

Contohnya: Hukum membuka aurat kerana keperluan merawat anggota yang sakit atau keperluan perubatan.

Membuka aurat kepada ajnabi adalah haram berasaskan dalil kulli tetapi ianya bertentangan dengan maslahah juzie kepada pesakit yang memerlukan rawatan doktor ajnabi sedangkan mengutamakan dalil kulli yang mengharamkan melihat aurat akan membawa kepada kemudaratan kepada pesakit sedangkan maksud syarak ialah mendapatkan maslahat kepada umat manusia dan menjauhkannya daripada kemudaratan.

Maka hukum membuka aurat kepada doktor ajnabi diharuskan berasaskan dalil istihsan.

Ibn al-‘Arabi mendefinasikan Istihsan sebagai: “Meninggalkan tuntutan dalil melalui pengecualian dan rukhsah kerana bertentangan dengan ‘uruf,  ijma’, masalih al-mursalah, raf’ al-haraj dan masyaqqah, dalam sebahagian tuntutannya.”

Contohnya: Seseorang bersumpah dengan katanya dia tidak akan memasuki rumah.

Maka apakah hukumnya memasuki masjid yang juga dinamakan rumah Allah. Maka dengan menggunakan kaedah Istihsan seseorang itu tidak akan dikenakan kifarah sumpah apabila memasuki masjid kerana perkataan rumah biasanya difahami `uruf sebagai tempat tinggal. 

Lantaran itu para fuqaha’ menggariskan syarat-syarat tertentu bagi memenuhi objektif siyasah syar`ieyyah dan mengawal sebarang penyelewengan, eksploitasi dan penyalahgunaan kuasa yang membawa kepada kezaliman, penindasan, mengaut hasil-hasil negara untuk kepentingan peribadi yang akhirnya membawa kehancuran kepada kerajaan Islam

·         Syarat-Syarat Siyasah syar‘ieyyah Sebagai Mekanisma Hukum.

Bertolak daripada itu para fuqaha’ telah menggariskan syarat-syarat bagi menjaga kewibawaan siyasah syar‘ieyyah sebagai mekanisma hukum dan keadilan yang sebenarnya.

Syarat-syarat tersebut ialah:

a-  Siyasah syar‘ieyyah hendaklah berlandaskan usul-usul atau kaedah-kaedah yang diterima oleh syarak seperti: al-istislah, al-istihsan, maqasid al-syar‘ieyyah, sadd al-zariah, tahqiq al-manat al-khas dan sebaginya.

b-  Siyasah syar‘ieyya tidak boleh berlandaskan pemikiran yang bebas daripada dalil-dalil syarak, atau mengikut hawa nafsu.

c-  Siyasah syar‘ieyyah tidak membawa penderhakaan kepada Allah

d-  Siyasah syar‘ieyyah tidak bercanggah secara hakiki dengan nas-nas syarak.

e-    Hendaklah tujuan memenuhi kepentingan umum dan rakyat kerana tindakan pemimpin terikat dengan kemaslahatan rakyat.

f-     Hendaklah tidak bercanggah dengan ruh syar`iat[1] atau dasar-dasarnya.


[1] Ruh syari`at ialah: 1. Menghilangkan kesebersalahan ( `adam al-haraj), 2. Memudahkan ( Taisir) dan 3. Tdak membebankan ( `adam al-takalluf)


[1] Satu usaha yang bersungguh-sungguh yang dilakukan ulama’ berkelayakan untuk memahami hukum syarak terhadap satu-satu masalah daripada dalil-dalil ( sandaran ) hukum syarak.

[2] Nas ialah ayat-ayat al-Quran atau Sunnah nabi (s.a.w.)

[3] Sandaran hukum syarak.

[4] Sesuatu hukum yang disepakati oleh seluruh ulama’ sahabat.

[5] Sesuatu maslahah yang diyakini berasaskan dalil-dalilnya yang kuat.

[6] Maslahat untuk masyarakat umum bukan individu tertentu.

[7] Dr.Hussain Hamid Hassan; Nazariah al-Maslahah Fi al-Fiqh al-Islami.

[8] Al-Syatibi; op-cit.

[9] Ibn Qayyim; I’lam al-Muwaqqa`in.

[10] Al-Syatibi; op.cit.

6 Tanggapan to “8. Sumber Ijtihad Dalam Siyasah Syariyyah”

  1. syahima Says:

    boleh x berikan hujjah dari sudut ijmak bagi istihsan..syukran.

  2. Mohd Suhaimi Says:

    nk tnye ni retype drpd buku ke atau makalah atau per?klu buku kt mne bleh dapatkannya.cm best jer tuk blajar siasah…good working


  3. syukran.amat berguna kpada sy sbg nota utk jawab exam.tambahan lg,sy mengambil jurusan siasah syariiyyah di universiti malaya:)


Tinggalkan Balasan ke renungan2u Batalkan balasan